tempat bersejarah @ Kelantan

MASJID KAMPUNG LAUT

Menurut cerita lisan tradisi, berabad-abad dahulu, para mubaligh belayar ke sepanjang kepulauan Melayu untuk menyebarkan agama Islam. Pada tahun 1730-an, sekumpulan mubaligh melalui pantai Timur Semenanjung Malaysia dalam perjalanan mereka ke Pattani di Thailand Selatan ke Jawa di Indonesia. Malangnya perahu mereka bocor dan mengalami kesulitan. Para mubaligh dalam perahu itu bersumpah bahawa kalau mereka dibawa ke pantai dengan selamat, mereka akan membina sebuah masjid dengan serta merta untuk memperingati peristiwa itu. Doa mereka dikabulkan, dan para mubaligh mendarat di Kampung Laut, Tumpat.

Masjid Kampung Laut merupakan sebuah masjid yang terletak di Jajahan Kota Bharu, Kelantan. Ia terletak di Nilam Puri berhadapan dengan Universiti Malaya, kampus cawangan Kelantan, iaitu 20km dari pusat Bandar Kota Bharu. Masjid yang asal bukannya apa yang dilihat pada hari ini. Ia merupakan sebuah struktur asas dengan hanya empat tiang yang menyangga bumbung tiga tingkat yang diperbuat daripada daun rumbia. Keluasannya hanya 400 kaki persegi pada keseluruhannya. Pada akhir abad ke-19, masjid ini menjadi satu pusat agama yang penting dan masjid itu diperbesar untuk merangkumi bilik sembahyang tambahan, peran, serambi dan menara. 20 batang tiang dibina untuk menyangga binaan tambahan ini. Binaan tambahan ini menggunakan teknik ‘ Tebuk Pasak ‘ yang amat unik. Ia dibina daripada kayu tetapi tidak menggunakan walau sepucuk paku sekalipun. Atap daun rumbianya digantikan dengan atap genting. Malangnya, asas masjid itu lemah. Dibina di tebing sungai, masjid itu sering dilanda oleh banjir kilat seperti banjir tahun 1926 yang dikenali sebagai ‘Bah Air Merah’ yang melemahkan lagi asasnya. Selepas dilanda sekali lagi oleh banjir yang teruk pada tahun 1966 yang menghanyutkan sebahagian masjid itu, Persatuan Sejarah Malaysia mencadangkan pemindahan masjid itu ke tempat yang lebih selamat. Pada tahun 1968, masjid itu dibuka dan dipasang semula di kawasan Sekolah Pengajian Islam di Nilam Puri.

Pada tahun 1988, masjid ini diperbaik lagi dengan kemudahan-kemudahan moden seperti elektrik, air paip, tandas dan kawasan duduk. Tiang-tiang dan dinding-dinding masjid juga dihias dengan ukiran kayu. Dengan tambahan-tambahan ini, kawasan binaan menjadi 5,254 kaki persegi (74 kaki x 71 kaki) iaitu 13 kali lebih besar daripada masjid asal.
___________________________________________________________________________________

BANK KERAPU
Lokasi
Memorial Peperangan Dunia Ke-11 (Bangunan Bank Kerapu) terletak di atas sebidang tanah Lot No. 31 dalam Zon Budaya Kota Bharu. Luas tapak bangunan itu ialah 1,986.36 meter persegi. Kedudukannya ialah di sebelah hilir Padang Merdeka (dahulunya dikenali dengan nama Padang Bank) bersempadankan kawasan Muzium Islam di Timur dan di baratnya pula bersempadankan kompleks Pejabat Kastam, di tebing Sungai Kelantan.
Jaraknya dari pusat bandar adalah lebih kurang 0.5 kilometer. Terdapat perkhidmatan bas bandar yang melalui kawasan tersebut. Kawasan ini termasuk dalam 'Zon Budaya' yang mengandungi bangunan-bangunan bersejarah dan terkenal. Termasuk bangunan Majlis Agama Islam (Muzium Islam), Masjid Muhammadi, Istana Jahar (Muzium Adat Istiadat Raja Diraja). Istana Balai Besar dan Istana Batu (Muzium Diraja).

Kawasan bandar Kota Bharu, terutama pusat membeli belah, Pasar Besar, Pejabat Setiausaha Kerajaan iaitu Kota Darulnaim, Balai Polis dan lain-lain tidak jauh dan dapat dihubungi dengan berjalan kaki, menaiki bas mini perkhidmatan dalam bandar atau teksi roda tiga (beca).

Latarbelakang
Tapak asal bangunan ini dimiliki oleh Nik Yusoff bin Nik Abd. Majid yang bergelar Dato' Sri Paduka Raja. Beliau lebih dikenali dengan Pak Nik Soh Pak Nik Ad atau disebut juga Sri Paduka Nik Yusoff atau Nik Sri Paduka. Beliau adalah seorang Pembesar Kelantan yang terkenal sejak zaman pernerintahan Sultan Ahmad (1886-1889) dan zaman Sultan Muhammad 111 (1889-1890). Beliau telah dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan dari tahun 1894 hingga 1900.

Tanah tapak bangunan itu telah dibeli oleh syarikat bank "The Mercantile Bank of India Limited yang membina sebuah bangunan bank cawangannya di Kelantan. Bangunan bank itu dibina dan siap serta digunakan pada tahun 1912. Pengurus yang pertama ialah Encik Muir iaitu seorang Inggeris.

Dinding bangunan tersebut ditampalkan dengan simen yang berkerutu. Dalam bahasa daerah Kelantan keadaan tidak licin itu disebut 'kerapu'. Daripada itu bank tersebut telah dikenali sebagai Bank Kerapu hinggalah sekarang ini.

No comments:

Post a Comment