MUZIUM NEGERI

Muzium Negeri telah dirasmikan pembukaannya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan pada 6 Ogos 1990. Muzium Negeri terletak bersebelahan Bulatan (Medan) Tuan Padang dalam kompleks bangunan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu. Dalam kompleks yang sama juga terletak Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (T.I.C.).

Latar belakang
Bangunan Muzium Negeri Kelantan adalah sebuah bangunan batu. Sebelum dijadikan Muzium ianya merupakan pejabat bagi Majlis Perbandaran Kota Bharu. Bangunan tersebut telah dibaikpulih dan dibuat beberapa perubahan sesuai dengan sebuah Muzium.

Tahun 1988
Bahagian dalam bangunan Muzium ini juga telah diubah dengan menambah setengah tingkat lagi dan menyediakan ruang-ruang untuk membahagikan aliran cerita yang ditetapkan bagi Muzium ini. Aliran pameran Muzium negeri ini adalah seperti berikut. Ruang awalnya mempamerkan sejarah negeri Kelantan semenjak awal hingga kepada era moden. Pada bahagian setengah tingkat di atas pula diadakan pameran mengenai Seni Budaya Negeri Kelantan; termasuklah peralatan permainan wayang kulit, rebana ubi, makyong, menora dan lain-lain.

Koleksi
Antara barang-barang yang dipamerkan di sini terdiri daripada alat-­alat muzik tradisional, permainan-permainan tradisional, koleksi seramik dan alat pengangkutan darat dan air. Di sini juga terdapat ruangan sejarah purba iaitu replika 'Gua Cha'.

Balai Pameran

Di sini terdapat tiga bahagian balai pameran iaitu bahagian luar yang mempamerkan jenis- jenis alat pengangkutan, bahagian dalam yang mempamerkan pra-sejarah dan Warisan Masyarakat Cina Kelantan dan ruang legar. Di bahagian `Mezzanine Floor' pula dipamerkan berbagai jenis permainan masa lapang dan peralatan muzik tradisional.













Masa
Muzium ini dibuka pada tiap-tiap hari kecuali hari Jumaat mulai jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang.

Bayaran
Bayaran dikenakan RM 1.00 bagi orang dewasa dan RMO.50 kana kanak.

Alamat
Perbadanan Muzium Negeri Kelantan Jalan Hospital
15000 Kota Bharu.
Tel: 09-7482266

No comments:

Post a Comment