Sejarah Bangunan
Bangunan
Muzium Adat Istiadat Diraja (Istana Jahar) ini pada asalnya merupakan
bangunan satu tingkat dikenali dengan nama Istana Raja Bendahara. Istana
ini mula dibina menggunakan kayu sepenuhnya pada zaman akhir
pemerintahan Sultan Muhammad 11 (1837 - 1886). Pernbinaannya siap pada
tahun 1887, setahun selepas kemangkatan Sultan Muhammad 11. Istana ini
dibina sebagai hadiah perkahwinan kepada cucunda baginda Long Kundur
dengan Tengku Embong, puteri kepada Tengleu Puteh, Raja Pattani 111.
Pada masa itu Long Kundur bergelar Raja Bendahara. Selepas kemangkatan
Sultan Muhammad 11 pada tahun 1886, baginda digantikan oleh anakandanya
Long Sulong yang memakai gelaran Sultan Ahmad. Pada zaman pemerintahan
Sultan Ahmad, bangunan Istana Jahar in! terus didiami oleh anakandanya
Long Kundur. Baginda Sultan Ahmad tidak lama memerintah Kelantan. Pada
tahun 1889 baginda telah jatuh gering dan mangkat.
Setelah itu Long Kundur telah ditabal dengan rasminya menjadi sultan menggantikan ayahandanya pada tahun 1889 dengan memakai gelaran Sultan Muhammad 111. Baginda terus bersemayan di Istana Jahar dan menjadikannya sebagai pusat pemerintahan dan pentadbiran Kerajaan. Baginda mangkat pada tahun 1890 setelah hanya satu tahun lebih di atas takhta. Adindanya Long Mansur kemudiannya ditabal menjadi sultan menggantikan Long Kundur, dan Long Senik (anakanda kepada Long Kundur), pula dilantik menjadi Tengku Indera Mahkota. Long Mansur menjadikan Istana Balai Besar sebagai tempat bersemayam rasmi baginda dan seterusnya memindahkan pusat pentadbiran Kerajaan Kelantan daripada Istana Jahar ke Istana Balai Besar.
Setelah itu Long Kundur telah ditabal dengan rasminya menjadi sultan menggantikan ayahandanya pada tahun 1889 dengan memakai gelaran Sultan Muhammad 111. Baginda terus bersemayan di Istana Jahar dan menjadikannya sebagai pusat pemerintahan dan pentadbiran Kerajaan. Baginda mangkat pada tahun 1890 setelah hanya satu tahun lebih di atas takhta. Adindanya Long Mansur kemudiannya ditabal menjadi sultan menggantikan Long Kundur, dan Long Senik (anakanda kepada Long Kundur), pula dilantik menjadi Tengku Indera Mahkota. Long Mansur menjadikan Istana Balai Besar sebagai tempat bersemayam rasmi baginda dan seterusnya memindahkan pusat pentadbiran Kerajaan Kelantan daripada Istana Jahar ke Istana Balai Besar.
Bangunan Istana Jahar telah dijadikan tempat bersemayam oleh Long Senik. Demikianlah kebiasaannya sejak zaman pemerintahan Long Sulong (1886-1889) dimana raja yang memerintah akan bersemayam di Istana Balai Besar manakala bakal pengganti Sultan pula bersemayam di Istana Jahar. Pada tahun 1899 Long Mansur mangkat dan baginda diganti oleh Long Senik sebagai Raja Kelantan. Pada tahun 1911 Long Senik di gelar Sultan Muhammad IV. Baginda Sultan Muahmmad IV kemudiannya telah berpindah ke Istana Balai Besar dan bersemayam di sana. Bangunan Istana Jahar dibiarkan kosong bagi membolehkan kerja-kerja pembaikian dan pengubahsuaian.
Baginda Sultan Muhammad IV jugalah yang telah menitahkan agar ditanam pokok Jahar di halaman bangunan Istana Jahar (Istana Raja Bendahara). Pokok Jahar banyak tumbuh di bumi Kelantan pada masa itu. Pohonnya berbunga sebesar bunga melor dan berwama kuning lemak ketam. Daunnya sebesar ibu jari dan berbentuk seakan-akan bujur empat persegi. Daunnya selalu diguna oleh orang India untuk masakan kari pada hari Jumaat. Orang Melayu pula menggunakan bunganya untuk membuat kerabu. Orang Siam memanggil pokok Jahar ini 'kelek' dan mereka sangat memuliakan pokok ini.
Pada tahun 1915 baginda Sultan Muhammad IV telah mengurniakan Istana Jahar ini kepada anakanda baginda Tengku Ismail yang pada ketika itu bergelar Tengku Sri Indera Mahkota. Pengurniaan ini adalah sebagai hadiah perkahwinan Tengku Ismail dengan Tengku Nik Tengleu Kaya Pahlawan. Tengku Ismail terus menjadikan Istana Jahar ini sebagai tempat bersemayam baginda.
Pada tahun 1920 Sultan Muhammad IV mangkat dan baginda telah diganti oleh anakandanya Tengku Ismail yang memakai gelaran Sultan Ismail. Baginda Sultan Ismail terus menjadikan Istana Jahar sebagai tempat bersemayam rasmi baginda dan Istana Balai Besar sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Kelantan. Baginda adalah sultan yang terakhir bersemayam di Istana Jahar ini.
Selepas
kemangkatan baginda pada tahun 1944, baginda telah diganti oleh
adindanya Tengku Ibrahim. Dalam zaman pemerintahan Sultan lbrahim,
Istana Jahar ini dikurniakan pula kepada menantunya Raja Perempuan
Zainab 11 (Tengku Zainab binti Tengku Muhammad Petra) isteri
kepada-Tengku Yahya Petra. Pada ketika itu Tengku Yahya Petra bergelar
Tengku Bendahara. Tengku Yahya Petra bersemayam di Istana Batu dan
Istana Jahar telah dijadikan sebagai pejabat baginda.
Pada
zaman pemerintahan Sultan Yahya Petra, baginda sendiri bersemayam di
Istana Kota Lama dan Istana Jahar telah dibiarkan tidak terurus.
Mengikut Tan Sri Mubin Sheppard dalam artikelnya yang berjudul 'Kelantan
Palaces Of The Past' beliau menyatakan bahawa bangunan asal Istana
Jahar ini telah dirobohkan pada tahun 1965 setelah sekian lama terbiar.
Tambahan pula tapak bangunan ini dicadangkan untuk pembinaan bangunan
yang baru sebagaimana yang ada sekarang.
Pada tahun 1980 Tengku Ismail Petra telah ditabalkan menjadi Sultan Kelantan selepas kemangkatan ayahandanya Sultan Yahya Petra pada tahun 1979. Istiadat pertabalan yang gilang-gemilang ini telah diadakan di Istana Balai Besar.
Pada zaman pemerintahan KDYMM
Sultan Ismail Petra (1979 - sekarang), baginda telah mengampuni
perkenaan bangunaan Istana Jahar dipinjamkan kepada Kerajaan Negeri
untuk dijadikan Muzium Negeri Kelantan. Bagi mewujudkan sebuah Muzium
Negeri, banyak kerja-kerja pembaikian dan pengubahsuaian perlu
dilakukan. Bangunan ini uzur. kerana terlalu lama dibiarkan kosong dan
tidak terurus. Begitu juga dengan kawasan sekitrnya yang memerlukan
kerja-kerja 'land-scaping' sesuai dengan pengwujudan sebuah Muzium
Negeri yang bakal menjadi pusat lawatan dan tarikan pelancong dari dalam
dan luar negara.
Setelah kerja-kerja
pembaikian dan pengubahsuaian selesai dijalankan maka bangunan Istana
Jahar telah dirasmikan sebagai Muzium Negeri oleh Raja Perempuan Zainab
11 pada 30 Mac 1981 bersempena dengan sambutan Ulangtahun Hari
Keputeraan AI-Sultan Kelantan. Pameran pertama yang diadakan bertajuk
'Pameran Raja Kita'.'
Kemudiannya pada bulan
Ogos 1990, Muzium Negeri Kelantan telah berpindah ke bangunan yang baru
iaitu bangunan lama Majlis Perbandaran Kota Bharu. Bangunan Istana Jahar
telah sekali lagi diubahsuai. Muzium yang baru ini dikenali sebagai
Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan. Upacara perasmiannya telah
disempumakan oleh AI-Sultan Kelantan pada 27 Julai, 1992.
Di
Muzium ini kini dipamerkan berbagai jenis Adat Istiadat Diraja Kelantan
sejak zaman berzaman. Selain daripada itu, dipamerkah juga jenisjenis
tekstil, alat perhiasan diri, pakaian dan barang-barang tembaga untuk
tontonan umum generasi kini dan akan datang.
Ragamhias adalah merupakan pelengkap bagi menambahkan lagi seri
kecantikan sesuatu bahan. Penggunaan ragamhias ini juga kadangkala
mempunyai makna yang tersirat. Faktor alam sekitar seperti flora dan
fauna serta adat menjadi sumber ilham dalam penciptaan dan penerapan
ragamhias yang bersifat simbolik. Namun demikian, ragamhias biasanya
menyentuh masalah kehidupan dan falsafah di sebalik kegunaarmya. Dalam
membincarakan tentang ragamhias ini kita tidak dapat lari dari
memperkatakan tentang 3 aspek yang utama iaitu fungsi, bentuk, dan
motif.
Fungsi
Fungsi ragamhias adalah supaya
bangunan kelihatan lebih cantik dan menarik. Selain daripada itu,
ragamhiis juga berper.anan menyampaikan pesanan, nasihat dan pengaJaran
kepada para pencinta seni. BentukBentuk-bentuk yang dihasilkan pula adalah mengikut keadaan alam sekeliling dengan mengambil kira nilai-nilai keagamaan sebagai landasan penciptaarmya.
Motif
Pada kebiasaanya motif ini diilhamkan daripada alam semulajadi iaitu flora dan fauna. Motif-motif ini akan disusun dan dibentuk sedemikian rupa bagi menampakkan keserasian dan keharmonian antara satu sama lain. Kesernua unsur-unsur ini (fungsi, bentuk dan motif) dijalin, digabungkan dan diteraplcan ke dalam seni ukiran pada bangunan Istana Jahar bagi menampakkan keunikan dan keindahan senibina dan bangunan itu sendiri.
Jenis -Jenis Ragambias
Istana adalah merupakan sebuah bangunan indah yang melambanglcan kedudukan serta ketinggian status pemiliknya. Menyedari betapa pentingnya fungsi sebuah istana, maka bentuk dan ragamhiasnya juga mestilah indah kerana ia merupakan sebahagian daripada simbol keagungan dan kedaulatan pemiliknya. Kebanyakkan ragam hias di Istana Jahar bermula dengan konsep penciptaan 'awan larat'. Corak awam larat bermula dari satu tempat dan melarat (menjalar) memenuhi ruang sesuai dengan falsafah seni hias orang Melayu yang terkenal iaitu:-
"Tumbuh hendaklah berpunca, punca itu rahsia, tajam tidak menerjah lawan, lilit fidak mematuk lawan tetapi berlegar mesra".
Falsafah ini jugalah yang menjadikan seni hias orang-orang Melayu terkenal dan diminati sehingga kini. Lantaran itu bangunan Istana Jahar telah dipenuhi dengan berbagai jenis corak dan bentuk ragamhias yang menarik. Antara lain jenis-jenis ragamhias yang dimaksudkan ialah:
- Sirip Naga
Sirip Naga menyerupai bentuk sirip yang terdapat di atas belakang naga. Menghiasi pada bahagian atas tulang ra.6ung- (Perabung).
- Ekor Itik
Diperbuat daripada simen dan menyerupai bahagian ekor itik. la juga terletak di atas bumbung dibahagian hujung perabung. la adalah pelengkap kepada hiasan sirip naga.
- Andang-Andang
Diperbuat daripada kayu cengai dan berukiran tebuk tembus. Andang-andang ini dipasang di bahagian hujung Ouring) atap iaitu di bahagian kayu/papan pemeleh. Terdapat duajenis motif yang digunakan iaitu motif pucuk rebuang dan bunga petola.
- Jejala
Juga diperbuat daripada kayu cengal dan berukiran tebuk tembus. Jejala ini dipasang sebagai pemisah ruang di antara hujung atas dinding dengan siling/bumbung. Selain berfungsi sebagai hiasan iajuga bertindak sebagai sistem pengaliran udara dan cahaya.
Terdapat berbagai motif yang digunakan dalam menghasilkanjejala ini. Antaranya ialah sulur kacang, bunga daia, bunga tikam, bunga ladu dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment