MUZIUM KRAFTANGAN


Koleksi
Muzium Kraftangan (Balai Getam Guri) terletak dalam Kornpleks Kampung Kraftangan. Bangunan muzium ini adalah sebahagian daripada bangunan Kampung Kraftangan yang diperuntukan kepada Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan dijadikan Muzium Kraftangan. Keluasannya ialah 5 1.52 meter persegi dan 9.39 meter lebar. Muzium ini terletak di pusat bandar Kota Bharu, dalam kawasan Zon Budaya, Bangunan ini juga letaknya berhampiran dengan 'Pasar Buluh Kubu " yang terkenal itu. Perjalanan dari Muzium Kraftangan ke pusat bandar Kota, Bharu adalah lebih kurang 0.5 kilometer.

Bangunan Muzium Kraftangan ini terletak di sebelah Jalan Hilir Kota, iaitu bersebelahan dengan Istana Balai Besar, di hadapannya Muzium Diraja (Istana Batu) dan dibelakangnya terdapat stesen Bas Mini kepunyaan Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK).

Latarbelakang

Tapak bangunan asalnya kepunyaan Duli Yang Maha Mulia, AI- Sultan Kelantan. Kawasan ini dahulunya dipenuhi dengan rumah-rumah setinggan kemudian dibersihkan untuk dijadikan taman permainan kanak-kanak. Bangunan ini telah dibina pada 9 Mac 1991 dan kemudiannya dikenali sebagai Kampung Kraftangan

Bentuk Bangunan
Bangunan-bangunan ini menggunakan senibina Melayu Kelantan, yang menarik, merangkumi bentuk bangunan, rabung, dinding dan atap perabung lima. Atapnya daripada bata buatan tempatan. Silingnya diperbuat daripada anyaman buluh (kela*rai), dindingnya ala janda berhias, pemeleh menggunakan andang-andang bermotifkan bunga petola. Sisik anginienis 'Jejala' bermotifkan bunga kunyit. Jendelanya dibukaterus sehinggake lantai. Lantainyadibuattinggi di manabahagian bawahnya dijadikan ruang untuk kegiatan kraftangan seperti yang terdapat di kampung-kampung di Kelantan pada masa dahulu. Bahagian bumbungnya bertingkat dua dan menggunakan perneleh. Boleh dikatakan keseluruhannya menggunakan kayu-kayu cengal yang keras dan tahan lama.

Fungsi Bangunan dan Koleksi Masa Kini

Bangunan ini digunakan sebagai sebuah muzium yang menempatkan Seni Kraftangan Kelantan yang terkenal, antaranya mengandungi anyaman yang beraneka jenis, berbagai corak batik dan begitu juga dengan sulaman dan tenunan songket. Barang-barang tersebut bukan sahaja mempamerkan keindahan seni krafnya tetapi mempunyai sejarah yang tertentu yang menampilkan negeri Kelantan Darulnaim sebagai sebuah negeri yang kaya dengan kesenian. Inilah fungsi terkini muzium ini disamping memberi kemudahan kepada penyelidik untuk mengkaji kesenian kraftangan tradisi dan warisan budaya Kelantan.
Bangunan kraftangan ini juga digunakan sebagai pusat mengembangkan lagi industri kraftangan Kelantan, memelihara kesenian tradisi warisan danjuga untuk meningkatkan lagi taraf sosio-ekonomi pengusaha serta mendorong bagi kemajuan kesenian tradisi. Aktiviti-aktiviti sampingan seperti projek sosio-ekonorni, bengkel, seminar dan kesenian juga turut diadakan.

Keistimewaan

Bangunan ini menonjol keistimewaanya dari segi rekabentuk tradisi dengan menggunakan ukiran-ukiran bunga tempatan. Bahan-bahan mentah pula boleh dikatakan keseluruhannya dari negeri Kelantan sendiri seperti buluh, kayu, atap dan lain-lain lagi. Di sini juga terkumpuinya hasil seni buatan tangan masyarakat Melayu Kelantan, sama ada untuk jualan mahupun pameran.

Masa
Muzium ini dibuka pada tiap-tiap hari kecuali hari Jumaat, mulai jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang.

Bayaran
Bayaran dikenakan RM1.00 bagi orang dewasa dan RM0.50 bagi kanak-kanak.

Alamat

Muzium Kraftangan
Jalan Hilir Kota
15000 Kota Bharu
Tel: 09 - 7482266


yang lain, sila klik:


Muzium Negeri
Muzium Adat Istiadat

No comments:

Post a Comment